Posts

Showing posts from 2018

AKU BISA TERBANG

" Rasa macam mimpi pulak nak naik flight ni ."Kata aku kepada Ummi. " Ummi pun macam tak percaya nak hantar hang ke Sabah ni.Haha ."Balas Ummi. |2 September 2018| 0100:Aku bertolak dari rumah sepupuku di Hulu Langat ke KLIA 2. 0230:Aku tiba di KLIA 2. 0300:Check-in luggage. 0605:Flight berlepas. Sejujurnya,ini adalah kali pertama aku naik flight.Can you feel how excited I am?😝Disebabkan aku terlampau teruja,of course aku tak boleh tidur walaupun seharian tak tidur.Bayangkanlah,pagi 1 September aku dah gerak dari rumah ke rumah sepupu aku di Hulu Langat.Itu belum lagi singgah rumah sedara mara masa dalam perjalanan ke rumah sepupu aku tu.Haha. Masa mula-mula naik flight tu,aku rasa macam teruja gila nak tengok view dia.Bila lama-lama rasa bosan teruk weh.Haha.😂Yelah,asal pandang tingkap putih,pandang tingkap,putih.Bosan dia macam 2 jam hang tenung kertas putih.Hahaha. Sebelum ni aku rasa pelik la,bila tanya kawan-kawan yang biasa naik flight tentang ap...

Aku benci English!

Dulu aku tak suka subjek English.Bukan sebab cikgu,tapi sebab aku rasa aku tak boleh bawa subjek tu.Ya ,dan aku faham macam mana perasaan seseorang yang tak suka subjek English. Masa PT3,aku dapat gred 'D' untuk subjek English.Of course aku tak terkejut sebab aku dapat agak dah.And masa tu aku tak nampak apa kebaikan english ni.Yela ,tak matang lagi masa tu.So ,fikiran pun sempit sikit.Haha . Time cuti after PT3,kami sekeluarga pi berjalan kat Cameron Highlands.And ,guess what? Masa tu aku dengan kakak aku nak lintas jalan.Then ,ada Mat Saleh ni tanya aku. "Excuse me,did the bus travel here?" Of course la terkaku aku masa tu dengan kak aku pulak duk tolak-tolak aku suruh jawab pertanyaan mat saleh tu.Haha . "What?" (Acah cool,padahal getaq.Haha ) "Did..the bus..has travel here?" Satu persatu mat saleh tu sebut apa yang nak ditanya. "Sorry,I don't know." Dengan rasa serba salah aku terpaksa...

Kolej Matrikulasi Perak

Image
Bukit bukau subur menghijau.. Typing.. "Kak Put,susah tak belajar kat matrik?" "Nak apply ke tak eh matrik?takut pulak.Depa cakap susah belajar kat matrik." Macam-macam spekulasi yang terlintas di kepala junior-junior aku. "Matrik tak susah dik,yang jadi susah bila adik malas.Belajar mana-mana pun susah dik,kalau belajar tak stress tu kira tipulah.Cuma adik sendiri ja yang kena main peranan untuk tangani stress tu." "Baik kak 😊." Perbualan aku terhenti disitu. Okey aku nak cerita sikit tentang Kolej Matrikulasi Perak tempat aku menuntut ilmu. Berdiri megahnya... Kolej Matrikulasi Perak.. Diwarnai keindahan... Bukit bukau subur menghijau... Sebelum aku masuk matrik aku buat research pasal kolej ni.Aku perhati lirik lagu kolej. "Bukit bukau subur menghijau?aku duduk dalam hutan ke?mesti letih nak ke kelas sebab kena panjat bukit :(" Jangan jadi macam aku,belum apa-apa dah negatif..hahaha.. Okey ...

Impianku

Image
KLIA "Kalau hang nak naik flight,hang kena belajar betul-betul." Kata-kata ummi bermain difikiranku. "Mustahil la aku dapat naik flight untuk pergi belajar,aku bukan pandai pun.Masuk matrik ni pun sebab rezeki ja.Takpa,mana tahu rezeki aku dapat belajar kat Sabah atau Sarawak lepas ni.Dapat juga aku merasa naik flight.Hehe." Aku tersenyum sendiri sambil melayan angan-angan mat jeninku. 7 bulan kehidupan di matrik berlalu, Keputusan PSPM 1 telah diumumkan.Walaupun result aku tak perfom macam orang lain tapi keinginan untuk belajar dari luar Semenanjung tetap aku impikan. "Weh,hang dah isi UPU?" "Dah." "Hang mintak U mana?" "Macam-macam aku minta,tapi aku target Universiti Malaysia Sabah." "Wow,jauhnya tak takut?" Aku membalas soalan itu dengan senyuman. Akhirnya tamat sudah pengajian aku di matrik. 2 bulan kemudian keputusan UPU diumumkan. "Haish,dari tadi kerja vibrate ja phone...