Impianku
![]() |
KLIA |
"Kalau hang nak naik flight,hang kena belajar betul-betul."
Kata-kata ummi bermain difikiranku.
"Mustahil la aku dapat naik flight untuk pergi belajar,aku bukan pandai pun.Masuk matrik ni pun sebab rezeki ja.Takpa,mana tahu rezeki aku dapat belajar kat Sabah atau Sarawak lepas ni.Dapat juga aku merasa naik flight.Hehe."
Aku tersenyum sendiri sambil melayan angan-angan mat jeninku.
7 bulan kehidupan di matrik berlalu,
Keputusan PSPM 1 telah diumumkan.Walaupun result aku tak perfom macam orang lain tapi keinginan untuk belajar dari luar Semenanjung tetap aku impikan.
"Weh,hang dah isi UPU?"
"Dah."
"Hang mintak U mana?"
"Macam-macam aku minta,tapi aku target Universiti Malaysia Sabah."
"Wow,jauhnya tak takut?"
Aku membalas soalan itu dengan senyuman.
Akhirnya tamat sudah pengajian aku di matrik.
2 bulan kemudian keputusan UPU diumumkan.
"Haish,dari tadi kerja vibrate ja phone aku ni."
Aku buka group kelas dan membaca satu persatu.Terus laju jariku menari di atas skrin.
"Wow,meriahnya..btw, congratulations geng dapat sambung belajar!!"
"Dapat mana Put?"
"Jap,baru nak check."
"Apa-apa inform okey!"
"Okey,bak link"
Aku buka link yang dikongsi.Tipu la kalau tak berdebar.Aku masukkan nombor kad pengenalan aku.
"Bismillahirrahmanirrahim."
"Tahniah,anda berjaya melanjutkan pelajaran..."
Mataku terus mencari nama universiti yang ditawarkan.
"Universiti Malaysia Sabah"
Terbongkang biji mata aku.
"Alhamdulillah Ya Allah!"
"Ummi,orang dapat Sabah!"
Terlompat-lompat aku gembira.
"Nak terima tak?Ummi okey??"
"Terima jela."
"Yezza!"
Akhirnya impian aku menjadi kenyataan.
Terima Kasih Ya Allah.
Goodjob. Looking forward to more writings.
ReplyDeleteThanks Abg Noi!
ReplyDelete